MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 

TAJUK:

PERPADUAN DI MALAYSIA

 

NAMA PENSYARAH: PUAN MELUR BINTI AMRAN

 

 

 

NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR MATRIK:

 

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD HANIN

(06DKM20F1106)

AHMAD SALIHIN MUKMIN BIN MOHD HAFIZ

(06DKM20F1074)

NABIL BIN MAKZIMAR

(06DKM20F1001)

 

 

 

PENGENALAN

 

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

 

 

 

PENDAHULUAN

 

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.

 

    Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik.




 KEPELBAGAIAN KAUM DAN BUDAYA DI MALAYSIA

 

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu juga mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.

 

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.


PERAYAAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA





Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

 

 

TUJUAN

· Dapat memajukan ekonomi negara

· Memupuk dan membina masyarakat yang harmoni

· Mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi

· Dapat mengelakkan semangat assobiah

 

 

 

 

 

 

 

KEPENTINGAN PERPADUAN

 

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.

 


 

 

KEBAIKAN PERPADUAN

 

· Masyarakat hidup bersatu padu

· Ekonomi negara semakin maju

· Dapat mengekalkan kestabilan politik

· Pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan kestabilan politik

· Menjadikan imej negara semakin baik

· Aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

 

I.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu

*Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan

 

 II.Menjaga budi bahasa dan akhlak

* kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat


III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum

*dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum

*dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa


 IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum

*interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum 


V.mengadakan aktiviti sukan

*semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.




KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

 

· Masyarakat yang berpecah-belah

· Keselamatan dan keamanan negara akan terancam 

· Tunjuk perasaaan,perhimpunan dan aktivit yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa

· Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. 

 Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.


 

Comments